Selasa, 30 November 2010

SK TAMAN UNIVERSITI 2

JOHOR BAHRU

BAHASA MELAYU

NAMA : ............................................ TAHUN 6 : ....................

Tajuk

Bahagian 2- Penggunaan ádalah atau ialah

.

Arahan : Isi tempat kosong dengan kata pemeri “adalah” atau “ialah”

1. Anak ...................... anugerah Allah yang mesti dijaga dengan baik.

2. Kaum wanita .................... elemen penting dalam pembangunan komuniti.

3. Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya ..................... orang yang berpendidikan.

4. Kursus ini ....................... untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan daya kepimpinan pengawas-pengawas.

5. Baju itu ...................... baik.

6. Matlamat utama unit ini ....................... untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan.

7. Sepak takraw ........................ sukan yang elok dipertandingankan di sekolah-sekolah.

8. Perkara ini ...................... masalah yang tidak mudah diatasi.

9. Beliau ....................... orang yang pertama membiakkan spesis baharu keli secara besar-besaran

10. Matlamat NURY ....................... pembinaan masyarakat cemerlang.

SK TAMAN UNIVERSITI 2

JOHOR BAHRU

BAHASA MELAYU

NAMA : ............................................ TAHUN 6 : ....................

Tajuk

Bahagian 2- Penggunaan ádalah atau ialah

.

Arahan : Isi tempat kosong dengan kata pemeri “adalah” atau “ialah”



ialah


1. Anak ...................... anugerah Allah yang mesti dijaga dengan baik.



ialah


2. Kaum wanita .................... elemen penting dalam pembangunan komuniti.

3.

ialah

Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya ..................... orang yang berpendidikan.



adalah


4. Kursus ini ....................... untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan daya kepimpinan pengawas-pengawas.



adalah


5. Baju itu ...................... baik.



adalah


6. Matlamat utama unit ini ....................... untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan.



ialah


7. Sepak takraw ........................ sukan yang elok dipertandingankan di sekolah-sekolah.



ialah


8. Perkara ini ...................... masalah yang tidak mudah diatasi.



ialah


9. Beliau ....................... orang yang pertama membiakkan spesis baharu keli secara besar-besaran



ialah


10. Matlamat NURY ....................... pembinaan masyarakat cemerlang.

SK PERMAS JAYA 1

PASIR GUDANG JOHOR

BAHASA MELAYU

NAMA : ......................................................... TAHUN 6 : ..........................

Tajuk

Bahagian 4 : Penggunaan di antara dan antara

Arahan : Isi tempat kosong dengan jawaban yang betul ”di antara” atau ”antara”

1. Masalah disiplin merupakan ...................... perkara yang dibincangkan dalam masyarakat itu.

2. Kini ramai .......................... mereka ini telah mempelajari bahasa Melayu.

3. Anak kecil itu duduk diam ............................. ibu dengan bapanya.

4. Tambak Johor terletak ........................... Johor Bharu dengan Singapura.

5. Acara itu berlangsung ...................... pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

6. Lif itu terhenti di tengah-tengah ......................... tingkat tiga dengan tingkat empat.

7. ............................ yang dibincangkan termasuklah soal disiplin.

8. Hasnah duduk mencelah ........................... Fatimah dengan Rahmah.

9. Hubungan ............................ kedua-dua negara itu telah lama terjalin.

10. Di Australia, bahasa Melayu ……….........…… mata pelajaran yang paling

digemari penuntut.

KATA SENDI NAMA

Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa

nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

Berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

Kata Sendi

Penggunaannya

Ayat Contoh

akan/ kepada/ terhadap

untuk menunjukkan emosi dan sikap

1. Adik sayang akan kucing.

2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.

3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.

bagi/untuk

untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain

1. Pen itu dibeli untuk anaknya.

2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.

dari

untuk menunjukkan tempat dan masa

1. Mereka baru pulang dari Johor.

2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.

daripada

untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan

1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.

2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.

3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada murid-murid sekolah.

di

untuk tempat

Di dalam dompet itu ada wang.

dengan

untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat

1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.

2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.

3. Adik menulis dengan pensel.

4. Markah saya sama dengan markahnya.

hingga/

sampai

untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu

1. Dia bekerja hingga malam.

2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.

ke

untuk tempat dan benda konkrit

1. Kereta api menuju ke Padang Besar.

2. Cawan itu terhempas ke batu.

kepada

untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri

Kes itu diserahkan kepada pihak polis.

oleh

untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter-

1. Buku itu dibaca oleh Salmi.

2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.

pada

untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu

1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.

2. Novel itu ada pada Rahim.

3. Perkara itu benar pada pandangan saya.

4. Serikaya itu disapukan pada roti.

sejak

untuk menyatakan makna suatu jangka masa

Dia tidak makan sejak semalam.

seperti/

umpama/bak

untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain

1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.

2. Badannya besar umpama ahli gusti.

3. Hidungnya mancung bak seludang.

tentang

untuk menyatakan makna mengenai sesuatu

Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

Arahan : Betulkan penggunaan kata sendi nama dalam ayat-ayat

berikut.

1. Saya bercita-cita menjadi seorang doktor di masa hadapan.

_______________________________________________________

2. Saya pulang di rumah pada pukul 6.00 petang.

_______________________________________________________

3. Setiap pagi Janaki bangun dari tidur pada pukul 6.30 pagi.

_______________________________________________________

4. Dia duduk bersila daripada waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah

menjelang dinihari.

_________________________________________________________

5. Aku memperkenalkan Ira padanya dengan perasaan bangga.

_________________________________________________________

6. Aku tidak takut . Rumah ini sudah cukup sesuai padaku.

__________________________________________________________

7. Sebenarnya, aku amat gembira mendengar puji-pujian tentang kejayaanku

itu.

___________________________________________________________

8. Dia berjalan menuju ke arahku dan diikuti dengan dua orang wanita yang

tidak kukenali.

___________________________________________________________

9. Remang fikiran lelaki tua itu berbaur akan keremangan senja.

____________________________________________________________

10. Aku menceritakan kepada Natasha terhadap apa-apa yang aku dengar

daripada Khatimah.

____________________________________________________________

SKEMA JAWAPAN

Arahan : Betulkan penggunaan kata sendi nama dalam ayat-ayat

berikut.

1. Saya bercita-cita menjadi seorang doktor pada masa hadapan.

2. Saya pulang ke rumah pada pukul 6.00 petang.

3. Setiap pagi Janaki bangun daripada tidur pada pukul 6.30 pagi.

4. Dia duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isya sampailah

menjelang dinihari.

5. Aku memperkenalkan Ira kepadanya dengan perasaan bangga.

6. Aku tidak takut . Rumah ini sudah cukup sesuai bagiku.

7. Sebenarnya, aku amat gembira mendengar puji-pujian terhadap

kejayaanku itu.

8. Dia berjalan menuju ke arahku dan diikuti oleh dua orang wanita yang

tidak kukenali.

9. Remang fikiran lelaki tua itu berbaur dengan keremangan senja.

10. Aku menceritakan kepada Natasha tentang apa-apa yang aku dengar

daripada Khatimah.

Ahli Kumpulan:

1. ZURAIDA BINTI OTHMAN

2.NOREHA BINTI SARMADI

3. MAHANI BINTI M.AMIR

4. NORIAH BINTI MD. JIDIN

5. AIDAH BINTI SULAIMAN

Selasa, 23 November 2010


Pada hari yang sama anak buah kami menerima hadiah dan membuat persembahan. Budak lelaki yang rendah, 3 dari kiri. Muhammad Harraz Thaqif Bin Zulkifli. Tahniah.....

Anak keempat kami mengambil hadiah pada
Hari :Jumaat
Tarikh:19.11.2010
Tempat:Dewan Kampung Bahagia, Felda Taib Andak.

Isnin, 9 Ogos 2010

Pend Muzik -Dasar & Strategi Pembangunan Industri Muzik Malaysia.

Pendidikan Seni Muzik Yang Kurang Mantap
11. Pendidikan seni muzik di Malaysia didapati kurang mantap. Senario ini dikenal pasti
atas sebab-sebab seperti berikut :

Kurikulum Yang Tidak Menyeluruh:

11.1 Pendidikan seni muzik sudah wujud di peringkat sekolah rendah sejak tahun
1983. Bagaimanapun, pendidikan ini hanyalah berfungsi sebagai memberi
pengetahuan asas seni ini kepada pelajar, dan untuk perkembangan diri pelajar
selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memberi sebanyak mana pendidikan asas
kepada pelajar di peringkat sekolah rendah.

11.2 Pada tahun 1996 sejumlah 20 sekolah menengah dijadikan sekolah perintis
untuk pendidikan seni muzik di peringkat menengah. Bagaimanapun, pendidikan ini
hanya sebagai mata pelajaran wajib untuk pelajar Tingkatan Satu sehingga
Tingkatan Tiga dan mata pelajaran elektif di Tingkatan Empat ke atas.

11.3 Kementerian Pelajaran sedang berusaha mengatasi masalah ini dengan
mewujudkan sekolah seni di Johor dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke
Sembilan sebagai sekolah seni perintis.

Kurang Bilangan Guru Yang Berpendidikan Dan Mahir Dalam Bidang Muzik:

11.4 Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak mempunyai
cukup bilangan guru muzik dan pensyarah muzik yang berpendidikan dan mahir
dalam seni muzik. Kebanyakan sekolah mengatasi masalah ini dengan menggunakan perkhidmatan guru secara gunasama dengan bidang yang lain asalkan guru tersebut mempunyai sedikit pengetahuan asas dalam bidang muzik. lni mengakibatkan mata pelajaran muzik sering dipinggirkan apabila keadaan memerlukan penekanan kepada mata pelajaran lain, terutama apabila musim peperiksaan tiba. Institusi pengajian tinggi (IPT) pula mengatasi masalah ini dengan menggunakan perkhidmatan pensyarah muzik secara gunasama dengan IPT lain.

11.5 Kekurangan ini boleh dianggap sebagai penyebab utama kepada kurangnya
minat pelajar untuk meneruskan pengajian dalam seni muzik sebagai pilihan utama
di IPT. Keadaan ini seterusnya mengakibatkan kekurangan gunatenaga mahir dalam
industri muzik tanahair.

Kecenderungan Kepada Pendidikan Muzik Barat:
11.6 Pengisian kurikulum pendidikan muzik di sekolah muzik swasta adalah lebih
cenderung dan berorientasikan pendidikan muzik dari Barat dan kurang
mengenengahkan muzik yang beridentitikan Malaysia. Daripada segi pembelajaran
misalnya, pelajar lebih mengenali muzik Mozart atau Beethoven berbanding hasil
karya seni Tan Sri P. Ramlee, Kassim Masdor, Ooi Ew Jin, Jimmy Boyle, atau Datuk
Ibrahim Bachik. Penggunaan peralatan muzik juga lebih tertumpu kepada alat muzik
moden seperti piano, violin dan trumpet. Peralatan muzik tradisional seperti gong,
gendang Melayu/India, serunai dan sebagainya tidak diterapkan kerana tidak
dianggap universal.

Pendidikan Muzik Di IPT Kurang Terancang Dan Terarah:

11.7 Dewasa ini Malaysia mempunyai tujuh IPTA yang mengendali pendidikan seni
muzik iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti
Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia
Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan Akademi Seni Budaya dan
Warisan Negara (ASWARA). Pada waktu yang sama tujuh IPTS menawarkan
pengajian yang sama iaitu International College of Music (ICOM), Sedaya College,
HELP Institute, Malaysia Institute of Arts (MAA), Sunway University College, Ocean
Institute of Audio Engineering and School of Audio Engineering (SEA).
11.8 Bagaimanapun, hampir keseluruhan IPT ini menawarkan kursus yang lebih
kurang sama sifatnya tanpa pengkhususan. Kecuali UNIMAS yang beralih kepada
pembelajaran adunan muzik dengan teknologi maklumat (dikenali sebagai mata
pelajaran computer music), yang selebihnya masih dengan kurikulum konvensional
yakni penekanan kepada seni itu sendiri.

Muzik Sebagai Hiburan Semata:

11.9 Muzik hanya dilihat sebagai hiburan semata-mata dan tidak lebih daripada itu.
Apatah lagi bidang muzik itu sendiri dianggap negatif oleh sesetengah ahli
masyarakat. Cerita-cerita sensasi berkaitan akhlak sebahagian kecil artis
memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, generasi muda tidak berminat menceburi
bidang ini secara serius menyebabkan negara ketandusan tenaga pelapis dalam
industri ini pada masa depan.

Ketiadaan Bank Data:

11.10 Negara tidak mempunyai sistem penyimpanan rekod yang komprehensif
berkenaan mereka yang terlibat dalam bidang ini termasuklah syarikat rakaman,
artis dan media sebagai bahan rujukan dan maklumat masyarakat. Ini mengakibatkan bahan berkaitan industri muzik yang ada tidak dapat dikumpul dan diuruskan dengan baik.

STRATEGI PEMBANGUNAN INDUSTRI MUZIK MALAYSIA
Berdasarkan senario sedia ada, langkah-Iangkah berikut dicadangkan untuk
membangunkan industri muzik tanahair agar lebih positif dan cenderung kepada
perkembangan yang lebih sihat lagi.

I. PENDIDIKAN SENI MUZIK

2. Bidang seni tidak sama dengan bidang profesion yang lain. Bakat menjadi elemen yang
sangat penting untuk membolehkan seseorang itu menjadi seorang pemuzik ataupun
penyanyi. Bakat yang sedia ada perlu digilap dengan bentuk latihan demi latihan sehingga
bakat itu menjadi satu bentuk kemahiran.

3. Pada amnya kemahiran bermain peralatan muzik atau menggunakan suara dalam
nyanyian adalah amalan dan latih tubi yang dilakukan secara amali. Atas kefahaman inilah
kebanyakan pemuzik atau penyanyi Malaysia tidak menitik beratkan pendidikan seni
secara teori yang boleh membantu mereka menjurus ke arah profesionalisme dalam bidang
ini.

Memantapkan Pendidikan Seni Muzik Di Sekolah

4. Pendidikan seni muzik memainkan peranan penting bagi melahirkan kumpulan pelapis
dan penggerak muzik yang mahir serta kreatif disamping mempunyai nilai pasaran yang
tinggi. Tujuan utama pendidikan seni muzik adalah untuk mencipta kesedaran dan
pemahaman tentang seni muzik sebagai kerjaya dan menjana ekonomi. Dalam perkara ini
juga institusi pendidikan seni muzik sedia ada harus lebih berperanan membantu menjana
pertumbuhan ekonomi dalam aspek membekalkan tenaga kerja seni muzik yang kreatif
serta serba boleh.

5. Justeru, pendidikan seni di peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi adalah asas yang
sangat penting bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran, keilmuan dan kebijaksanaan
berfikir secara kreatif yang menjadi elemen penting dalam membangunkan seni muzik
sebagai sebuah industri yang berdaya saing dalam jangka panjang.

Pendidikan Muzik Sebagai Mata Pelajaran Wajib:

5.1 Pendidikan muzik sebagai mata pelajaran wajib perlu diperluaskan ke peringkat
sekolah menengah atas di semua sekolah menengah, dan tidak setakat mata
pelajaran elektif serta secara projek perintis sahaja untuk 20 sekolah menengah
seperti yang dipraktikkan sejak tahun 1996.

Kajian Semula Kurikulum Pendidikan Muzik:

5.2 Kurikulum pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah
perlu dikaji semula agar wujud kesinambungan dari peringkat rendah ke peringkat
menengah rendah dan seterusnya ke peringkat menengah tinggi. Jika di peringkat
sekolah rendah tumpuan adalah kepada pengetahuan asas muzik, adalah dicadangkan pendidikan di peringkat menengah rendah menjurus kepada pengkhususan sebagai persiapan melangkah ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya menghadapai peperiksaan asas di peringkat sekolah menengah. Kajian semula kurikulum ini juga adalah untuk memberi laluan kepada perancangan kurikulum khusus seni muzik di peringkat universiti agar institusi pengajian tinggi
(lPT) dapat melahirkan graduan yang memenuhi ke hendak pasaran semasa.

Pewujudan Sekolah Seni:

5.3 Cadangan Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan sekolah seni di Johor dan
Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan sebagai sekolah perintis adalah
satu hasrat yang murni, dan perlu dipercepatkan pewujudannya. Dalam konteks ini
adalah diharapkan sekolah seni dapat diwujudkan di semua negeri untuk memberi
lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajar yang cemerlang dalam bakat dan
seni untuk mendapat pendidikan formal dalam bidang ini, sepertimana pewujudan
sekolah vokesional bagi mereka yang cenderung kepada bidang vokesional.

Mengatasi Masalah Kekurangan Guru Muzik:

5.4 Tidak dinafikan masalah pelaksanaan pendidikan seni muzik secara menyeluruh
di semua peringkat pendidikan dipengaruhi oleh kekurangan guru muzik yang
khusus dan mahir. Kekurangan ini perlu diatasi dengan segera dengan memberi
insentif seperti biasiswa atau pinjaman kepada pelajar muzik dan guru muzik sedia
ada serta belum terlatih untuk melanjutkan pelajaran seni muzik di dalam dan luar
negara.

Mengatasi Masalah Kekurangan Peralatan Muzik:

5.5 Pembelajaran seni muzik perlu seiring antara pendekatan secara teori dan
secara amali. Bagaimanapun, pendekatan secara amali sering dibebani oleh
kekurangan peralatan muzik. Dalam hal ini Kerajaan perlu menyediakan peruntukan
setiap tahun kepada Kementerian Pelajaran khusus untuk pembelian peralatan ini.
Disamping itu, pihak sekolah juga wajar mengambil inisiatif sendiri untuk
mendapatkan sumber kewangan bagi menampung peruntukan Kerajaan. Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan penting membantu Kerajaan
dengan melaksana projek yang boleh menjana tabung sekolah ke arah pencapaian
hasrat murni ini.

Memantapkan Pendidikan Seni Muzik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (lPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (lPTS)

6. Sungguhpun terdapat 14 IPT yang pada dasarnya menawarkan subjek dalam seni
muzik, namun pengendaliannya adalah secara tersendiri yakni mengikut citarasa masing-masing. Justeru, secara amnya pendidikan seni muzik di peringkat ini boleh dikatakan
kurang terarah. Oleh itu, adalah dicadangkan pendekatan berikut untuk memastikan
pendidikan seni muzik lebih terancang dan terarah serta dapat memenuhi aspirasi negara
ke arah pengeluaran graduan seni muzik yang diingini.


6.1 Pendidikan seni muzik di peringkat IPT dicadang disepadukan sebagai satu
langkah mengatasi kekurangan pensyarah, dengan cadangan pendekatan melalui
pengkhususan bagi setiap IPT. Langkah ini dapat memaksimumkan gunatenaga
pensyarah dan juga membantu meningkatkan tahap pengkhususan dan
profesionalisme mereka dalam jangka panjang kerana mereka tidak perlu berpindah
randah dari satu IPT ke satu IPT yang lain hanya untuk mengendali subjek muzik
yang sama. Siswa juga dapat mengenalpasti IPT yang sesuai dengan
kecenderungan dan minat mereka dalam bidang muzik.

K
e Arah Pewujudan Skim Pemindahan Kredit Pengajian Siswa Antara IPT:

6.2 Adalah dicadangkan pendidikan seni muzik yang bersepadu dan seiring dengan
pengkhususan di kalangan IPT dimanfaatkan lagi dengan pewujudan skim
pemindahan kredit pengajian siswa antara IPT berkenaan. Pelaksanaan skim ini
boleh membantu siswa memaksimumkan nilai sebenar yang diperolehi daripada kos
pembelajaran termasuk tempoh pembelajaran. Pelaksanaan skim ini juga difikirkan
adalah bertepatan dengan situasi semasa yakni wujudnya kekurangan pensyarah
dalam bidang muzik.

Ke Arah Pemantapan Kurikulum Pendidikan Muzik:

6.3 Dalam era globalisasi dan e-knowledge ini kurikulum seni muzik di IPT juga perlu
meniti arus yang sama. Pendidikan seni muzik masa kini harus disesuaikan dengan
kemajuan sains dan teknologi dan keperluan pasaran semasa. Selain daripada
pembelajaran muzik secara konvensional dengan penekanan kepada seni muzik per
se, siswa juga harus didedahkan kepada aspek perniagaan muzik seperti
pemasaran, pengeluaran dan pengilangan, disamping peraturan dan perundangan
Kerajaan yang meliputi industri ini. Cadangan ini diharap sekurang-kurangnya dapat
memberi persediaan secukupnya kepada siswa untuk menghadapi dunia industri
muzik sebenar apabila mereka melangkah keluar dari menara ilmu kelak.

Ke Arah Penambahan Bilangan Siswa Muzik Di IPT:

6.4 Kewujudan 14 IPT yang menawarkan kursus dalam bidang muzik didapati tidak
mencerminkan jumlah bilangan siswa yang memberansangkan dalam bidang ini jika
dibandingkan dengan bidang lain. Kehadiran hanya antara 30 sehingga 50 siswa
muzik di IPT bagi sepanjang tempoh manamana tahun pengajian adalah satu
statistik yang menggambarkan ketenatan sumber gunatenaga bidang ini di masa
depan.

6.5 Salah satu langkah untuk menambah bilangan siswa muzik di IPT ialah dengan
memberi kelonggaran syarat kemasukan kepada yang berbakat dan berminat.
Pertimbangan wajar diberikan kepada mereka yang mempunyai sekurangkurangnya
lima tahun pengalaman dalam bidang muzik sama ada sebagai pemuzik
profesional misalnya, bagi membolehkan mereka mendaftar sebagai siswa sepenuh
masa. Berkemungkinan siswa sebegini perlu menghadiri kursus persediaan telebih
dahulu di IPT yang sama, seperti kursus persediaan Bahasa Inggeris untuk siswa
antarabangsa yang dipraktikkan oleh IPT luar negara bagi memantapkan
pengetahuan bahasa ini di kalangan siswa antarabangsa mereka. Pendekatan yang
sama boleh dilakukan di IPT tempatan bagi menyediakan siswa yang
berpengalaman kerja ini untuk menghadapi semula suasana pembelajaran yang
telah lama mereka tinggalkan.


Ke Arah Kemudahan Pinjaman Untuk Pembiayaan Pendidikan Tinggi Dalam Seni Muzik:

6.6 Bagi membantu pelajar lepasan menengah atas menyambung pendidikan ke
menara gading, Kerajaan telah mewujudkan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi
Negara (PTPTN) bagi meringankan kos pembelajaran siswa. Tabung pinjaman ini
wajar diperluaskan liputan skopnya agar merangkumi juga pendidikan seni muzik di
peringkat IPT.

Ke Arah Menaik Taraf Pendidikan Seni Muzik Kendalian Akademi Seni Budaya Dan Warisan Negara (ASWARA):

6.7 Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA) yang dahulunya dikenali
sebagai Akademi Seni Kebangsaan Malaysia (ASK) di bawah kendalian KeKKWa
adalah satu-satunya institusi induk pengajian dan latihan seni budaya warisan
negara. Justeru, adalah penting institusi ini bertali arus dengan KeKKWa sebagai
penentu dasar dan bimbingan Kerajaan, serta juga berprestasi seni untuk negara.
Dengan teras dan tanggungjawab yang lebih mencabar ini maka pendidikan seni
muzik di ASWARA dinaikkan taraf dari peringkat diploma seperti sedia ada kepada
peringkat ijazah. Tempoh pembelajaran juga dilanjutkan ke empat tahun daripada
tiga tahun seperti masa kini bagi menyediakan para siswa dengan lebih banyak ilmu
pengetahuan.

Mewujudkan Pendidikan Seni Muzik Secara Sambilan Untuk Penggiat Seni

7. Pelaksanaan pendidikan seni muzik secara sambiIan untuk penggiat seni adalah
dicadangkan melalui penganjuran bengkel jangka pendek atau pada hujung minggu,
ceramah oleh pakar dalam bidang muzik, lawatan sambil belajar ke pusat-pusat pendidikan
muzik samada di dalam atau luar negara, dan sebagainya secara berterusan. Langkah ini
yang sewajarnya diterajui oleh KeKKWa akan juga dapat menyokong dan mengukuhkan
lagi sistem pendidikan formal sedia ada.

8. Ketika ini Persatuan Akademi Muzik (AKADEMI) menawarkan perkhidmatan pendidikan
muzik jangka pendek dengan kerjasama ICOM dan UMS atas permintaan IPT-IPT
berkenaan. Disamping itu,Orkestra Philharmonik Petronas (MPO) juga menganjurkan
pendidikan ini melalui Progam Pendidikan dan Luaran sejak tahun 1999 dengan
mengadakan ceramah berkala kepada pelajar di seluruh negara, bertujuan mewujudkan
kesedaran tentang seni muzik kepada mereka.

9. Dengan lain perkataan, kerjasama berterusan antara agensi-agensi kerajaan, badan
korporat, badan-badan bukan kerajaan dan swasta serta penggiat dan pengamal muzik
memainkan peranan penting dalam membentuk dan membangunkan industri muzik
tanahair.