Isnin, 21 Jun 2010

Kata ganti nama

•
Kata Ganti Nama Diri
•
Kata ganti nama diri ialah kata yang menjadi pengganti kata nama orang
•
Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:
Kata ganti nama diri pertama. Contohnya: saya, aku, beta, kami dan kita
Kata ganti nama diri kedua. Contohnya: awak, kamu, kalian, anda dan engkau
Kata ganti nama diri ketiga. Contohnya: beliau, dia, nya, baginda dan mereka
Kata Ganti Nama Diri Singkat
•
Beberapa kata ganti nama diri di atas dapat disingkatkan seperti yang berikut:
Engkau menjadi kau
Aku menjadi ku
Kamu menjadi mu
Dia dan ia menjadi nya
•
Sungguhpun kata-kata di atas disingkatkan tetapi maknanya tetap sama
•
Dalam tulisan, kata singkat kau, mu, dan nya hendaklah dicantumkan dengan kata lain yang
menyertainya
•
Kata singkat kau diletakkan di awal kata sahaja
Lukisan yangkaulukis itu sungguh menarik
Kata singkat ku boleh diletakkan di awal atau akhir kata
Datanglah kerumahku pagi esok.
Kusakiti hatimu yang tulus cintaku.
•
Kata singkat mu diletakkan di akhir kata
Dengarkan sebuah laguunt ukmu.
•
Kata singkat nya diletakkan di akhir kata sahaja

Lukisannya sangat cantik.

Kata Ganti Nama Tunjuk
•
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan seseorang, sesuatu
benda, atau perkara
•
Ada dua kata ganti tunjuk sahaja, iaitu ini dan itu
•
Tugas kata ganti nama tunjuk dan ayat-ayat contohnya adalah seperti yang berikut:
Sebagai penanda kata nama, iaitu yang hadir selepas kata nama
Sebagai subjek dalam ayat
Sebagai prediket yang dikedepankan dalam bentuk ayat songsang
Sebagai penentu belakang
•
Kata Ganti Nama Tempat
•
Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama tempat.
Kata ganti tersebut ialah sini, sana, dan situ
•
Kata Ganti Nama Tanya
•
Kata ganti nama Tanya digunakan untuk membina ayat-ayat Tanya. Kata ini digunakan untuk
bertanya tentang manusia, binatang, benda, tempat, dan bilangan. Contoh kata ganti nama
tersebut ialah siapa, apa, mana dan berapa
•
Siapa digunakan untuk bertanya orang
•
Apa digunakan untuk bertanya tentang binatang atau benda
•
Berapa digunakan untuk bertanya bilangan atau jumlah sesuatu
•
Mana digunakan untuk bertanya tentang manusia, binatang, benda, dan tempat
•
Kata Ganti Tak Tentu
•
Kata ganti tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak
tentu seperti
•
Apa-apa digunakan untuk mengganti nama benda atau hal yang tidak tentu
Mana-mana digunakan untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu




KATA NAMA



•
Kata nama merupakan kata yang merujuk kepada orang, binatang, tempat, benda maujud,
benda bukan maujud dan sebagainya.
•
Kata nama dapat digolongkan kepada:
Kata nama am
Kata nama khas
⇒Kata Nama Am
•
Kata nama am ialah kata yang menyatakan makna benda, perkataan, atau konsep yang umum
sifatnya
•
Kata nama am hidup. Contohnya: pengetua, ayam, guru, tentera dan kambing
•
Kata nama am tak hidup. Contohnya: maktab, sekolah, persastuan, pertubuhan dan padang
•
Kata nama am konkrit. Contohnya: kereta, lori, kapal terbang, gunung dan komputer
•
Kata nama am abstrak. Contohnya: cerita, roh, masalah, pendapat dan kisah





Kata Nama Khas
Kata nama khas merupakan kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang
khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar
Kata nama khas hidup. Contohnya: Perdana Menteri, Rosilawati dan Sang Kancil
Kata nama khas tak hidup. Contohnya: Kedah Darul Aman, Malaysia, Masjid Negara,
Pahlawan Pasir Salak dan Panasoni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan